5G dengan harga RM5 guna Yoodo

Tempoh percubaan 5G percuma Yoodo akan berakhir pada awal Julai ini dan Yoodo seterusnya menawarkan ketersambungan 5G yang berterusan kepada semua pengguna melalui pas promosi 5G bulanan dengan hanya RM5 sebulan bermula 5 Julai 2023.

Yoodo, perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia, mengukuhkan kedudukannya sebagai game changer pada awal Februari lalu dengan menjadi antara penyedia terawal yang menawarkan perkhidmatan 5G percuma kepada para pelanggannya.

Teknologi tanpa wayar generasi ke-5, lebih dikenali sebagai 5G, menawarkan ketersambungan hiper dengan daya sambungan permainan video yang lebih lancar tanpa tersekat-sekat.

Untuk menikmati perkhidmatan 5G ini, para pengguna hanya perlu melanggan pelan data berkelajuan tinggi dengan data minimum 10GB. Perkhidmatan perantauan 5G Yoodo juga tersedia di lebih dari 30 buah negara. Pas promosi 5G ini tersedia untuk semua peranti Android dan iPhone.

Baru-baru ini juga, Yoodo turut memperkenalkan tempoh sah pelan yang boleh diubahsuai, di mana pelanggan boleh menikmati diskaun penjimatan sehingga 10% dengan membayar pelan langganan mereka untuk tempoh tiga hingga enam bulan ke hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami