Beli Saham Apple, Bagaimana Caranya?

Malacca Securities Sdn Bhd mengumumkan pelancaran M+ Global, sebuah aplikasi labur saham lengkap untuk semua bermula dengan dua pasaran saham terbesar di dunia – Amerika Syarikat dan Hong Kong.

M+ Global merupakan platform dagangan digital serba baharu yang memberikan rakyat Malaysia kuasa untuk mengharungi pasaran dinamik global, merebut peluang dan menjamin masa depan kewangan mereka.

Melalui satu akaun, pengguna boleh mendapat akses kepada lebih daripada 7,000 penyenaraian saham di Amerika Syarikat, 3,000 di Hong Kong dan derivatif boleh niaga tanpa had, seperti waran, ETF, CBBC dan REIT.

Akses yang tiada tandingan terhadap pertukaran asing ini membolehkan rakyat Malaysia melabur dalam syarikat besar seperti Apple, Tesla, Alibaba, Tencent, dan banyak lagi.

Pengarah Urusan Malacca Securities Sdn Bhd, Lim Chia Wei berkata platform ini membantu rakyat Malaysia menguasai pasaran dunia bersama dengan M+ Global.

“Dengan tawaran akses terhadap pasaran Amerika Syarikat dan Hong Kong, rakyat Malaysia kini mempunyai peluang pelaburan yang lebih besar dalam beberapa syarikat terbesar dan paling berjaya merentasi pelbagai sektor dan industri di seluruh dunia,” katanya.

M+ Global ialah platform dagangan digital pertama di Malaysia yang menawarkan data masa nyata dengan kerjasama National Association of Securities Automated Quotations (NASDAQ).

Syarikat teknologi global terkemuka ini menyediakan perkhidmatan perdagangan, pertukaran teknologi dan maklumat kepada pasaran kewangan dunia. Melalui perkongsian ini, rakyat Malaysia kini akan mendapat akses kepada Real-Time-Quotes (RTQ), yang pasti dapat melancarkan pengalaman pelaburan mereka dan membantu mereka membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum dengan akses kepada harga sebenar sekuriti dalam masa nyata.

Tambahan pula, M+ Global ialah satu-satunya platform dagangan digital di Malaysia yang menawarkan ciri Shariah Screening (Penapisan Syariah) untuk saham global.

Ini membolehkan rakyat Malaysia mengenal pasti saham yang menepati piawaian Syariah dengan cekap dan tepat pada skala global.

Ciri unik platform ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia melalui perkongsian bersama dengan IdealRatings Inc., peneraju global dalam sektor penyelesaian kewangan Islam. Pelabur yang ingin melabur mengikut prinsip Islam kini boleh mengenal pasti dan memperoleh akses segera kepada pilihan saham patuh Syariah yang komprehensif.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami