Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tawar Projek Kepada Individu Bermasalah?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada syarikat yang dikaitkan dengan ‘isu personaliti scammer’ untuk projek Smart MBPP.

ManagePay Systems Berhad (MPay) melalui anak syarikat milik penuhnya, ManagePay Services Sdn. Bhd. (MPSB) memperoleh projek untuk menyediakan sistem pembayaran digital oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Mpay dipegang majoriti sahamnya oleh Datuk Wira Azizan Osman yang dilanda kontroversi pembelian status ‘Doktor’ yang kemudiannya dinafikan Universiti Malaya sebelum ini.

Kontrak tersebut dianugerahkan untuk lima tahun dan tambahan dua tahun lagi.

Menurut kenyataan MPay kepada Bursa, syarikatnya telah menandatangani surat setuju tawaran oleh MBPP semalam.

MPay mencatatkan rugi bersih sebanyak RM2.8 juta pada suku semasa berakhir 30 Jun 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami