iPhone SE 5G mula dijual

Apple memulakan pra tempahan untuk iPhone SE 5G di Malaysia yang kini boleh diakses di laman web apple.com.my.

Namun sehingga kini, ia masih belum ditawarkan mana-mana syarikat telco yang mempakejkan iPhone ini.

Harga iPhone SE 5G bermula pada RM2,099 (64GB), RM2,299 (128GB) dan RM2,799 (256GB).

iPhone SE 5G atau turut dikenali iPhone SE versi 3 atau SE3, sebuah fon baru yang kekal pada bajet rendah kepada pengguna dengan sentuhan A15 Bionic, Touch ID dan lengkap rangkaian 5G.

A15 Bionic bermakna telefon anda akan beroperasi dengan laju di samping grafik yang lancar pada set cip itu.

Ia menggunakan panel gelas skrin yang dikatakan paling tahan lasak dengan kalis air IP67.

iPhone SE3 mempunyai SmartHDR  4 dengan paparan 4.7 Retina HD. Datang pula dengan tiga warna iaitu merah, putih atau hitam.

Bagi kamera, ia kini mempunyai keupayaan mod potret, Portrait Lighting dan Photographic Style yang menggunakan teknologi deep fusion. Ia kamera iPhone canggih pada harga yang mampu dimiliki.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami