iPhone 13 warna baru tapi paling mengancam, iPhone SE3 (harga Malaysia juga ada)






Apple Inc melancarkan dua fon, satu adalah versi iPhone 13 dan iPhone 13 Pro yang datang dengan warna hijau (nama rasmi Green Finish). Ia adalah warna keenam buat iPhone selepas merah, putih, hitam, biru dan emas.
iPhone 13 warna hijau kekal dengan harga sama iaitu bermula pada RM3,399 sehingga RM7,199.
Tapi yang mencuri tumpuan adalah iPhone SE3, sebuah fon baru yang kekal pada bajet rendah kepada pengguna dengan sentuhan A15 Bionic, Touch ID dan lengkap rangkaian 5G.
A15 Bionic bermakna telefon anda akan beroperasi dengan laju di samping grafik yang lancar pada set cip itu.
Ia menggunakan panel gelas skrin yang dikatakan paling tahan lasak dengan kalis air IP67.
iPhone SE3 mempunyai SmartHDR 4 dengan paparan 4.7 Retina HD. Datang pula dengan tiga warna iaitu merah, putih atau hitam.
Bagi kamera, ia kini mempunyai keupayaan mod potret, Portrait Lighting dan Photographic Style yang menggunakan teknologi deep fusion. Ia kamera iPhone canggih pada harga yang mampu dimiliki.
Harga bagi iPhone SE3 akan bermula pada RM2,099 dan akan mula pada pra tempahan pada 18 Mac ini. Kesemua syarikat telco di Malaysia akan menawarkannya.



