iPhone 12 sah minggu depan, kelajuan dua kali ganda

Apple sah akan mengangkat versi iPhone terbaru, iPhone 12 pada 14 Oktober depan pada jam 1 pagi waktu Malaysia.

Dengan tema ‘Hi, Speed’, iPhone kali ini mengikut sumber mempunyai dua kali kelajuan berbanding iPhone 11 yang menggunakan Apple A14 Bionic.

Prosesor tersebut mempunyai kelajuan peranti yang munasabah dan lancar mengoperasikan iPhone 12.

Sebanyak tiga variasi iPhone 12 akan diperkenalkan bersaiz sehingga 6.5 inci.

Tarikh Oktober bukan asing bagi Apple memperkenalkan iPhone namun ia sebulan lewat berbanding pelancaran sebelum ini. Sepatutnya dilancarkan bulan lepas, ketika itu Apple mengadakan majlis ‘Time Flies’ yang memperkenalkan siri baru Apple Watch Series 6 dan dua variasi iPad.

Penonton boleh menonton pelancaran ini dengan pautan yang akan disediakan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami