Kemaskini Baharu Google Calendar, Bantu Pengguna Menjadual Agenda Kurang 30 Minit

Kini pengguna G Suite boleh menikmati ciri kemaskini terbaharu Google Calendar yang memaparkan agenda kurang 30 minit dengan visual yang lebih menarik.

Sebelum ini Google Calendar memaparkan paparan yang sama samada agenda dengan lingkungan masa kuran atau lebih 30 minit.

Namun dengan kemaskini terbaharu, pengguna boleh melihat agenda kurang 30 minit yang telah dijadualkan dengan lebih mudah.

Kemaskini ini secara tidak langsung dapat membantu pengguna membezakan agenda yang mempunyai lingkungan masa yang panjang atau singkat.

Akses terhad kepada pengguna G Suite ini diedarkan secara berperingkat dari 7 Julai sehingga 21 Julai.

Setakat ini Google masih belum umumkan bilakah seluruh pengguna Google Calendar boleh mengakses kemudahan baharu ini.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami