Google Hentikan Chrome 32-bit Untuk Android, Naik Taraf ke Chrome 64-bit


Google secara rasmi telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menyatakan mulai tahun hadapan mereka akan menghentikan penawaran aplikasi 32-bit melalui Google Play Store.
Dengan kenyataan tersebut, Chrome 85 dilihat sudah mula dibangunkan dan seiring dengan pembangunan aplikasi Chrome 64-bit untuk Android.
Chrome 85 yang dijangka bakal dilancarkan Ogos nanti dilihat mungkin turut disertai versi 64-bit.
Chrome 64-bit akan menemui pengguna dengan kelajuan yang lebih pantas dan pengoperasian yang jauh lebih baik daripada Chrome 32-bit.