Spotify Premium Duo Diperkenalkan Pada Harga RM19.80 Sebulan


Spotify hari ini telah memperkenalkan pakej langganan untuk dua orang individu menetap di alamat yang sama.
Pengguna Spotify di Malaysia boleh melanggan tawaran Spotify Premium Duo ini pada harga langganan RM19.80 sebulan.
Pakej terbaharu ini membolehkan pengguna mendaftarkan hanya dua nama untuk mendapatkan perkhidmatan penstriman muzik premium.
Spotify Premium Duo ini membolehkan pengguna mendapatkan langganan premium dengan bilangan pakej berkumpulan paling minima.
Langganan ini membolehkan mereka menikmati perkhidmatan bebas iklan, sokongan dengar luar-talian (offline), termasuk ciri seperti Duo Mix.
Selain itu, pengguna Spotify Premium sedia ada turut boleh beralih ke pakej Premium Duo ini hari ini.