TM umum data PERCUMA untuk unifi Mobile diteruskan

TM mengumumkan, semua pelanggan sedia ada unifi Mobile iaitu
pelanggan pasca bayar dan prabayar #BEBAS akan ditawarkan dengan 1GB LTE PERCUMA setiap hari untuk digunakan dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

Kuota LTE PERCUMA harian ini akan digunakan terlebih dahulu sebelum kuota sedia ada yang dilanggani digunapakai.

Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersil, TM berkata mereka memahami semua orang sedang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan normal baharu secara beransur-ansur dan mereka mencari cara untuk kekal terhubung dan kekal produktif.

“Dengan data 1GB LTE percuma ini, pelanggan unifi Mobile kami boleh menggunakannya untuk peralatan produktiviti online, mendapatkan perkembangan berita terkini, pembelajaran dan pendidikan online atau melayari internet secara umum untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan. Penawaran ini memberi penyelesaian kepada kegusaran mereka untuk mendapatkan lebih data dan kami berharap mereka boleh memanfaatkannya sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, penawaran unifi sedia ada untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteruskan sehingga 9 Jun, dan akan disejajarkan dengan sebarang lanjutan tempoh perintah tersebut, sekiranya diumumkan.

Sam

Bekas wartawan teknologi akhbar arus perdana. Pernah memenangi beberapa anugerah khas penulisan teknologi. Juga dalam bidang ekonomi dan sains.