Olympus Umum ‘Bersara’ Daripada Perniagaan Kamera

Olympus telah mengumumkan ‘persaraan’ mereka daripada perniagaan kamera dan pengimejan.

Evolusi telefon pintar yang lebih menarik perhatian rata-rata pengguna dilihat telah memaksa syarikat yang terkenal dengan penawaran kamera tersebut mengambil langkah drastik dengan menghentikan pengeluaran kamera.

Japan Industrial Partners dilaporkan akan mengambil alih syarikat tersebut dan jangkaan urusan pindah milik tersebut bakal berlaku pada penghujung September nanti.

Setelah selesai urusan pindah milik tersebut, Olympus dikatakan akan memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan peralatan perubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami