Apple AirPods Dengan Ciri Sambungan Automatik Dan ‘accelerometer’ Pada Earbud

Apple AirPods sejak awal pelancarannya telah mendapat sambutan dan komentar yang baik terhadap tahap kualiti audionya.

Pada WWDC 2020 lalu, Apple telah mengumumkan ciri terbaharu AirPods yang membolehkan AirPods mengesan peranti yang sedang digunakan dan seterusnya menyambung secara automatik.

Kini pengguna tidak lagi perlu menyambung AirPods kepada peranti secara manual.

Dalam kemas kini yang lain, AirPods Pro turut menggunakan ‘accelerometer’ pada earbud untuk memastikan pengguna mendapat kualiti audio yang lebih baik, lebih jelas dan lebih terperinci.

AirPods terdahulu telah mengenalkan ciri ‘noice cancellation’ yang membolehkan pengguna menapis bunyi luaran daripada mengganggu konsentrasi pendengaran mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami