‘Scribble’ Ciri Baharu Apple Pencil, Mampu Mengesan Tulisan Tangan Dalam Semua Bahasa


Apple Pencil merupakan antara peranti baharu Apple yang menarik perhatian ketika WWDC 2020.
Peranti itu diumumkan dengan pelbagai ciri yang begitu seiring dengan perubahan zaman yang berkehendakan perkara-perkara segera dan pantas.


Ciri baharu Apple Pencil yang dinamakan sebagai Scribble membolehkan pengguna menulis dengan apa jua bahasa dan menukarkannya menjadi teks.
Ciri bahari di OS iPad ini juga mampu mengesan tulisan tangan dan dapat mengarahkan carian (search) ke aplikasi yang tepat.