Status ‘last seen’ Whatsapp Tergendala, Masalah Tatapan Privasi Turut Dilaporkan

Peningkatan luar biasa penggunaan aplikasi Whatsapp dilapor telah mengakibatkan aplikasi tersebut mengalami masalah teknikal yang tidak membolehkan penggunanya melihat status ‘last seen’.

Menurut Down Detector, sebanyak 4000 aduan masalah teknikal tersebut telah dilaporkan. 73 peratus daripadanya berupa laporan kegagalan akses status ‘last seen’ dan selebihnya laporan tentang kegagalan sambungan.

Badan bebas pengawasan keselamatan media tersebut juga memaklumkan masalah teknikal ini telah memberi kesan kepada kebanyakan pengguna Whatsapp di UK, Eropah dan Amerika Syarikat.

Rata-rata pengguna yang menghadapi masalah tersebut telah memanjangkan perkara itu ke Twitter.

Walaupun begitu, masalah itu tidak menjejaskan pengguna Whatsapp untuk menghantar dan menerima mesej.

Masalah teknikal ini juga memungkinkan pengguna aplikasi tersebut tidak dapat menerima amaran jika berlaku sebarang pencerobohan peribadi.

Perkara ini turut merisaukan pengguna tentang tahap keselamatan Whatsapp Pay yang baru dilancarkan di Brazil baru-baru ini.

“Ciri transaksi digital baharu Whatsapp dilengkapi 6 PIN keselamatan atau cap jari untuk mencegah transaksi tidak sah.

“Permulaan khidmat ciri baharu ini, Whatsapp Pay akan disokong oleh kad debit atau kredit dari Banco do Brasil, Nubank, dan Sicredi di rangkaian Visa dan Mastercard. Dan kami juga bekerjasama dengan Cielo, pemproses pembayaran terkemuka di Brazil.”, menurut syarikat itu ketika menerangkan ciri keselamatan Whatsapp Pay.

Masalah teknikal dan keselamatan yang berlaku ini menimbulkan persoalan pengguna tentang keselamatan transaksi duit dan maklumat peribadi mereka khasnya apabila ciri Whatsapp Pay diperkenalkan di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami