#FilemRekomenTheSkop: Bumi Manusia (2019)

“Saya hanya mahu menjadi manusia bebas. Tidak memerintah dan tidak dimerintah”

Siapa mengenali Pramoedya Ananta Toer pasti turut mengenali salah satu dari novel karya abadinya berjudul Bumi Manusia.

Bumi Manusia lahir dari celahan keberantakan politik Indonesia. Ditulis dari tinta pengalaman dan realiti yang terpaksa ditelan rakyat Indonesia.

Pada tahun 2019, novel tersebut telah diterjemahkan ke dalam filem di bawah arahan Hanung Bramantyo dan penulis senario, Salman Aristo.

Filem tentang dua hati meramu cinta pada zaman kolonial awal abad ke-20 ini menyaksikan seorang anak peribumi, Minke, memadam api darjat yang dibakar penjajah demi kasih cintanya kepada seorang gadis bernama Annelies yang juga merupakan kepada isteri simpanan seorang Belanda bernama Herman Mellema.

Minke seorang anak muda yang mempunyai pemikiran revolusioner. Prinsip hidupnya membuatkan dia disegani anak-anak Belanda yang lain.

Prinsip itu juga membuatkan dia percaya bahawa kelas darjat sosial perlu segera dihapuskan.

Bagi Minke, darah peribumi jauh lebih berharga berbanding darah penjajah.

Filem berdurasi 181 minit dibintangi Iqbaal Ramadhan (Minke), Mawar Eva de Jongh (Annelies), Jerome Kurniawan (Robert Suurhof), Ine Febriyanti (Nyai Ontosoroh) dan Bryan Domani (Jan Dapperste alias Panji Darman) ini kini boleh ditonton di Netflix.

Pautan Netflix: https://www.netflix.com/watch/81260628?trackId=13752289&tctx=0%2C0%2C5dbdd06bdb433a7ba2061efc02b25303107f4d39%3Aa65327cbc71d7c8cb6e60646eae2206c3170c371%2C5dbdd06bdb433a7ba2061efc02b25303107f4d39%3Aa65327cbc71d7c8cb6e60646eae2206c3170c371%2C%2C

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami