Twitter Memperkenalkan Fungsi Tweet Audio

Twitter telah  melancarkan ciri baharu bagi pengguna aplikasi tersebut menyiarkan idea membatasi 140 aksara.

Ciri baharu tersebut membolehkan pengguna Twitter menyiar tweet audio sepanjang 140 saat pada satu-satu masa.

 Jika audio yang lebih panjang ingin dihantar, aplikasi tersebut secara automatik akan menghasilkan bebenang bersambung untuk tweet audio seterusnya.

Twitter dalam satu kenyataannya berkata, “Ciri baharu ini dirancang untuk menambahkan sentuhan yang lebih manusiawi dalam penggunaan aplikasi Twitter.

“Ada banyak perkara yang tidak diperincikan dengan kata-kata atau tidak ditafsir menggunakan teks, jadi kami berharap tweet audio ini akan mencipta pengalaman yang lebih manusiawi untuk pendengar dan pencerita”.

Keupayaan ciri baharu buat masa ini hanya terhad kepada sebilangan kecil pengguna aplikasi iOS sahaja dan dijangka mampu diakses oleh semua pengguna aplikasi Twitter untuk iOS dalam masa beberapa minggu mendatang. Pun begitu, pihak Twitter masih belum melakukan apa-apa makluman tentang bilakah ciri tersebut diberikan kepada pengguna aplikasi Android.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami