Inisiatif Baharu Grab Fokus Bantu Perniagaan Kecil Terjejas Akibat Covid-19

Syarikat penghantaran Grab Malaysia, kini mengalihkan fokusnya untuk membantu perniagaan kecil negara yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 untuk berkembang maju dalam ekonomi digital khasnya dalam era ‘norma baharu’.

Inisiatif baharu yang dinamakan sebagai Grab Digital Small-Biz (GDS) ini mengfokuskan bantuan perniagaan luar talian untuk beralih ke perniagaan dalam talian.

“Perusahaan kecil dan sederhana adalah tulang belakang ekonomi Malaysia – merangkumi 98.5% daripada semua pertubuhan perniagaan di Malaysia, tetapi sebahagian besar perniagaan ini berada di luar talian (offline). Mereka perlu memanfaatkan teknologi sebaik mungkin.

“Dengan inisiatif Grab Digital Small-Biz (GDS), kami berharap ia dapat membantu perniagaan kecil dalam era norma baharu baru ini.”, kata Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Grab Digital Small-Biz (GDS) merangkumi 5 komponen utama:

  1. Lower GrabExpress Prices: Harga jualan tanpa ‘harga waktu puncak’ untuk membantu peniaga kecil mendapatkan perkhidmatan penghantaran dengan kadar yang berpatutan.
  2. Supporting Local Heroes: Pihak Grab akan menyediakan iklan dan sokongan dalam aplikasi mereka secara percuma.
  3. GrabMerchant Portal: Sokongan melalui platform peniagaan layan diri untuk membantu peniaga kecil mengembangkan asas pelanggan dan mengoptimumkan operasi dengan jaminan kos yang terkawal.
  4. Remote GrabPay Link: Grab membolehkan perniagaan luar talian menerima pembayaran secara dalam talian melalui Remote GrabPay Link.
  5. ‘Kedai Terdekat’ dalam GrabPay: Ciri ini memudahkan pengguna Grab bertemu perniagaan kecil yang didaftarkan dalam aplikasi Grab.

Dalam usaha untuk menghubungkan perniagaan kecil luar talian ke peniagaan digital, Grab turut bekerjasama dengan agensi kerajaan melalui PENJANA dengan melibatkan Shop Malaysia Online, DesaMall dan Inisiatif Digital Selangor-Grab.

Inisiatif baharu ini dalam tujuan lain, dilakukan untuk memastikan peniaga kecil terus mendapat pendapatan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat mempengaruhi perniagaan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami