Tinder Tarik Sekatan Ke Atas Penyokong #BlackLivesMatter


Tinder mengatakan bahawa mereka tidak lagi melarang orang menggunakan aplikasi tersebut untuk mempromosikan gerakan Black Lives Matter.
Puluhan pengguna aplikasi tersebut mengatakan mereka dikeluarkan kerana mendorong orang lain untuk menandatangani petisyen dan menderma kepada kempen #BlackLivesMatter. Sebilangan pengguna lain mengadu bahawa mereka dikeluarkan dari aplikasi tersebut kerana hanya menulis hashtag pergerakan itu ke profil mereka.
Sebelum ini, garis panduan akaun dating tersebut menyatakan ia tidak boleh digunakan bagi ‘tujuan promosi’. Tetapi kini akaun tersebut membenarkan pengguna yang diban menghubungi Tinder secara langsung untuk mengembalikan akaun mereka.
Sejak beberapa minggu lalu, ratusan ribu orang di seluruh dunia melakukan tunjuk perasaan berikutan kematian George Floyd.
Penyokong gerakan Black Lives Matter telah menggunakan media sosial untuk meningkatkan kesedaran dan dana.
Seorang pengguna Twitter berkata: “Semalam, saya menukar bio Tinder saya kepada ‘All Black Lives Matter’ ….kemudian akaun saya diban.”
Sementara itu seorang pengguna lain berkata: “Saya telah menambahkan [hashtag] #BlackLivesMatter ke bio Tinder saya dan keesokan harinya akaun saya diban!”
Bulan lalu, Tinder mengeluarkan kenyataan untuk menyokong komuniti kulit hitam dan akan menyalurkan sejumlah sumbangan kepada dengan gerakan itu.