Google Lancar Android 11 Dengan Ciri Privasi Lebih Tinggi

Google dilapor telah melancarkan Android 11 “Beta” melalui posting blog mereka bersama video tutorial di Youtube Google semalam.

Android 11 menawarkan beberapa ciri baru yang memudahkan pengguna memeriksa notification mesej yang baru diterima selain membolehkan pengguna membuka perbualan digital dengan cepat dengan hanya menekan butang “bubble” ujung teks.

Android versi baharu ini juga menjanjikan ciri privasi yang lebih baik kepada penggunanya.

Pengguna Android 11 akan ditanya terlebih dahulu beberapa soalan keselamatan seperti apakah mereka mahu mengaktifkan akses lokasi ke aplikasi mereka untuk satu waktu saja, dan kemudian Android tidak akan membenarkan akses lokasi pengguna sehingga mereka mengizinkannya lagi.

Android 11 juga secara automatik akan menutup aplikasi yang tidak digunakan dalam tempoh yang lama yang mungkin telah dilupakan oleh pengguna pada masa lalu.

Versi baru Android ini ditawar dengan pantas kepada pemilik telefon Pixel Google.

Wabak Covid-19 dan isu kematian George Floyd dikatakan telah memaksa Google untuk melancarkan Android 11 secara senyap-senyap (melalui blog).

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami