vivo tawar khidmat penghantaran percuma, tambah jaminan lebih 6 bulan

Selari dengan pengumuman fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, vivo mengambil langkah meneruskan promosi istimewa mereka di stor online iaitu vivo.com/my

Menjadikannya lebih menarik, vivo akan menanggung kos penghantaran bermakna setiap pembelian akan didatangkan percuma dengan ‘delivery’ terus di depan pintu. 

Selain itu, sepanjang PKP ini, vivo meneruskan kempen penambahan jaminan fon sebanyak 6 bulan bermakna sekarang fon anda mempunyai waranti berjumpah 18 bulan untuk mana-mana model yang dibeli.

Selain itu, bagi setiap pembelian berikut anda akan memperoleh hadiah tambahan iaitu:

 Vivo Y11, Y15 (2020) – botol air
 Vivo Y19 – pembesar suara Bluetooth
 Vivo S1 Pro, V17 – Water Cup Juicer
 Vivo NEX 3 – pek hadiah misteri

 

Sam

Bekas wartawan teknologi akhbar arus perdana. Pernah memenangi beberapa anugerah khas penulisan teknologi. Juga dalam bidang ekonomi dan sains.