Sony cadang 3 gajet ini ketika PKP

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Sony Malaysia mencadangkan tiga gajet mereka yang boleh dibeli secara online.

Ia termasuk TV, fon telinga dan kamera.

Model TV yang dicadangkan adalah KD-65X8000H, Sebuah unit TV X80H 4K Android sesuai untuk strim filem kegemaran di Netflix atau bersenam dengan video-video di YouTube.

https://www.sony.com.my/electronics/televisions/x80h-series

 

KD-65X8000H

Satu lagi gajet dicadangkan, kamera model DSC-RX100M7 untuk mereka yang gemar bervideo atau merakam mana-mana kandungan hebat. Meskipun dalam rumah, banyak subjek yang boleh dijadikan kreativiti kandungan anda.

Set kamera RX100M7 ditambah dengan GP-VPT1 memang peralatan yang ringan dan sesuai. light

https://www.sony.com.my/electronics/cyber-shot-compact-cameras/dsc-rx100m7

 

DSC-RX100M7

Gajet yang ketiga adalah fon telinga WH-1000XM3 yang boleh menghilang bunyi keliling. Sudah pasti sesuai ketika anda melakukan kerja dan mendengar muzik melalui Spotify.

 

WH-1000XM3

Sam

Bekas wartawan teknologi akhbar arus perdana. Pernah memenangi beberapa anugerah khas penulisan teknologi. Juga dalam bidang ekonomi dan sains.