Nikah online berjaya sekali lafaz (video nikah disertakan)

Majlis pernikahan online pertama di ketika Perintah Kawalan Pergerakan berjaya dianjurkan di Wilayah Persekutuan.

Garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Majlis Pernikahan Muhammad Don Haadi bin Don Putra dan Nahdatul Aishah binti Mohd. Shariff selamat dilangsungkan secara online sekali lafaz.

Menariknya, tempoh masa yang diambil kurang dari 15 minit. Usaha ini selari dengan keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang membenarkan majlis akad nikah secara online bagi kes yang tertentu dan khusus.

Jika anda berminat, Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata anda boleh memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing untuk rundingan pernikahan secara online jika ada kebenaran khas.

Tonton video gembira nikah online ini di bawah:

Sam

Bekas wartawan teknologi akhbar arus perdana. Pernah memenangi beberapa anugerah khas penulisan teknologi. Juga dalam bidang ekonomi dan sains.