Magic Keyboard baru untuk iPad Pro kini masuk Malaysia

Magic Keyboard untuk iPad Pro kini boleh didapati di Malaysia dan bersedia menemui pengguna minggu depan jika anda membelinya sekarang.
 
Direka khas untuk iPad Pro, ia adalah cara paling baik untuk menyokong pengalaman trackpad yang diperkenalkan pada iPadOS 13.4.
 
Magic Keyboard disambung secara magnetik pada iPad Pro, sekaligus menghasilkan skrin Multi-Touch dengan konsep rekaan seakan terapung manakala sudut pandangan pula boleh diubah sehingga 130 darjah.
 
Papan kekunci penuh ini mempunyai butang dengan pencahayaan belakang dan mudah dibawa ke mana saja.
 
Ia juga boleh disesuaikan untuk anda meletakkan di atas paha atau meja.
 
Sumber casnya terletak pada USB-C.
 
Magic Keyboard berharga RM1,349 dan boleh dibeli secara online sekarang.

Sam

Bekas wartawan teknologi akhbar arus perdana. Pernah memenangi beberapa anugerah khas penulisan teknologi. Juga dalam bidang ekonomi dan sains.