Langgar PKP, main telefon dalam lokap?

Sebuah hantaran ciapan Twitter menunjukkan beberapa individu yang ditahan berikutan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bebas menggunakan fon dalam sel lokap.

Tidak dipastikan lokasinya, dua video masing-masing berdurasi 14 saat menunjukkan sel lokap yang dipenuhi kira-kira 10 individu dalam satu sel.

Satu lagi video memaparkan keadaan di luar balai polis.

Ciapan ini dihantar pengguna dengan tweethandle @Duurianne

Mungkin kita boleh memberi cadangan untuk menarik nikmat penggunaan telefon selama sehari apabila bermalam dalam lokap akibat melanggar arahan Kerajaan. 

 

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia