Kenapa Pelajar Uni Kena Beli iPhone SE (2020)? Artikel ini akan buat anda bertanya kepada diri sendiri, berbaloi atau tidak

Soalan paling penting yang perlu ditanya. Apple lancarkan iPhone SE ini untuk siapa sebenarnya? Pendapat aku iPhone SE ini bukan untuk aku, orang yang sembang ”tech” sepanjang masa. Aku peduli pasal performance, aku nak phone yang laju, aku peduli pasal pengecasan pantas, aku peduli pasal skrin yang sharp dan detail, aku peduli pasal kamera yang way above average. Jadi kenapa aku perlu beli iPhone SE?

Itulah kehebatan Apple, mereka tak sasarkan orang macam aku untuk iPhone SE ini, mereka sasarkan orang yang nak iPhone. Apple attack golongan yang hanya mahukan iPhone yang “just work”, itulah keajaiban Apple, it is just work. Bagi sebuah iPhone kepada orang tua, dalam masa dua tiga jam mereka dah pandai guna. Magis dari Apple, magis ini tiada lagi dalam mana-mana Android, walaupun pada Pixel. Aku tahulah aku pakai Pixel, aku pernah bagi Pixel kat bapak aku dan dia pun tak faham macam mana nak pakai.

Apple attack golongan yang hanya mahukan iPhone yang “just work”

Jadi kenapa aku kata Pelajar kena beli iPhone SE ini?

Ya betul, golongan pelajar adalah golongan yang paling wajar beli iPhone SE. Nampak macam cadangan yang absurd, tetapi kalau dikira Cost Benefit Analysis, ia pelaburan yang sangat berbaloi.

Jom kita kira!

Seorang pelajar berbelanja sebanyak RM2,199 untuk seunit iPhone SE 128GB. Dia berumur 19 tahun, let say duit dia dapat hasil daripada dia kerja part time kat McDonalds waktu cuti semester. Jadi berapa lama dia boleh pakai iPhone ini? Lima tahun. Minimum lima tahun tanpa sebarang masalah. iPhone 6S yang keluar pada tahun 2015 masih dijamin kemaskini perisian (software update) sampai sekarang.

 

Jadi, iPhone SE ini akan dapat software update sampai tahun 2025.

Maknanya setahun dia hanya spend RM439.80 sahaja untuk sebuah phone yang sangat-sangat bagus.

Kenapa aku kata bagus? Sebab dengan iPhone kau tak perlu pening kepala nak cari aksesori, banyak dijual merata tempat. Andai kata bateri atau skrin kena tukar, spare part berlambak. Pergi je mana-mana kedai telefon, dijamin boleh baik pulih dalam masa kurang dari sejam.

Pilih iPhone, salurkan masa dan tenaga anda ke perkara lebih penting iaitu : Belajar

Khairi Zulfadhli

Pelari Half Marathon yang tak give up untuk habiskan Full Marathon walaupun dah tiga kali gagal!