HBO GO percuma sebulan

Tempoh panjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menarik perhatian HBO Asia menawarkan filem dan siri secara percuma selama sebulan bermula sekarang sehingga 15 Mei ini. 

Kesemua siri HBO Originals dan HBO Asia Originals kini boleh didapati menerusi aplikasi HBO GO tanpa perlu langganan.

Drama pilihan termasuk ‘The Sopranos’ dan ‘The Wire’ selain terdapat ‘Ballers’ yang dilakonkan “The Rock” Johnson; ‘Barry’ serta siri ‘Silicon Valley’.

Selain itu, terdapat dokumentari seperti ‘McMillion$’ dan ‘Jane Fonda In Five Acts’.

 

Sam

Bekas wartawan teknologi akhbar arus perdana. Pernah memenangi beberapa anugerah khas penulisan teknologi. Juga dalam bidang ekonomi dan sains.