Apple, Google ‘Cium Mulut’ Demi Covid-19 dan ia kerjasama paling unik setakat ini, kenapa?

Oleh Tevan R dan BOB Zul

Kerjasama antara dua gergasi besar merupakan satu perkara yg mustahil sebelum ini, tetapi semuanya diketepikan untuk perangi virus Covid.

Ini merupakan satu langkah bersejarah yang belum pernah terjadi dan boleh menjadi rujukan untuk kerjasama masa depan.

Sekarang, teknologi bluetooth menjadi titik penghalang untuk pembangun perisian mengeluarkan aplikasi contact tracing. Aplikasi yang dapat menyingkirkan proses manual contact tracing dan dapat dicapai dalam masa yang singkat.

Melalui kerjasama Apple-Google, kekangan yang menjadi penghalang kepada majoriti pembangun perisian dapat disingkirkan dan seterusnya mempercepatkan dan memudahkan kerja pembangun perisian. Ini sesuatu yang dialukan.

Contoh aplikasi contact tracing dan implikasi pun terbuki melalui institusi kerajaan Singapura, GovTech SG yang melancarkan aplikasi TraceTogether di Singapura.

Aplikasi tersebut menjadi rujukan kepada pelbagai kerajaan dan agensi bukan kerajaan seluruh dunia, seterusnya pihak GovTech SG membuka kepada dunia, sumber code tersebut, bluetrace.io

Namun, terdapat dua perkara untuk diperhati keberkesanan kerjasama gergasi besar, iaitu kerisauan mengenai privasi pengguna dan jumlah muat-turun aplikasi tersebut.

Bagaimana ia berfungsi?

 

 

  1. Kiah berjalan ke kedai membeli barangan keperluan, dia tak sedar dia telah berada berhampiran dengan orang yang berpotensi membawa virus.
  2. Kiah akan diberi notifikasi di telefon untuk melakukan pemeriksaan di Pusat Kesihatan terdekat.

 

Macam mana telefon Kiah boleh tahu dia berada berdekatan dengan pembawa virus?

Jawapannya adalah kerana telefon Kiah memuat turun data semua yang telah disahkan positif COVID-19 di kawasan tempat tinggal Kiah.

 

Contoh.

 

Ahmad disahkan positif COVID-19. Isteri Ahmad, Lisa adalah kontak rapat Ahmad. Lisa dan Kiah kebetulan berada di Tesco untuk membeli barang pada waktu sama, di Tesco pula Kiah berada berdekatan dengan Lisa. Maka telefon Kiah dan telefon Lisa akan menggunakan teknologi Bluetooth untuk memberitahu kemungkinan Kiah menjadi kontak rapat.

 

Teknologi ini sama seperti Offline Finding yang pertama kali digunakan Apple pada iOS 13, kali ini Kerjasama lebih hebat dijalankan Bersama Google untuk sama-sama menentang COVID-19 ini

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia