6 Perkara Nampak Macam Sahih Tetapi Palsu Berkaitan Covid-19

Sehingga kini, terdapat banyak mesej-mesej yang dikongsi dalam group WhatsApp berkaitan Covid-19 namun sayangnya kebanyakan yang disebar itu tidak tepat dan hanya bersifat ‘pseudoscience’.

Jom kita lihat 6 Perkara Nampak Macam Sahih Tetapi Palsu Berkaitan Covid-19 hasil dikumpulkan NGO berkaitan berita palsu iaitu Persatuan Pengguna Siber Prihatin (PEPA):

  1. Palsu: Bawang putih mampu menghalang jangkitan Covid-19

Sahih: Tidak ada sebarang bukti kajian.

  1. Palsu: Covid-19 boleh dijangkiti melalui kentut.

Sahih: Tiada sebarang kajian mengatakan kentut boleh menyebarkan Covid-19.

  1. Palsu: Antibiotik membunuh virus Corona

Sahih: Antibiotik hanya membunuh bakteria.

  1. Palsu: Haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing menularkan virus Covid-19.

Sahih: Covid-19 disebarkan melalui manusia ke manusia.

  1. Palsu: Topeng muka dapat melindungi dari jangkitan Covid-19

Sahih: topeng muka tidak sepenuhnya melindungi diri dari virus Corona, ia hanya menghalang partikel virus kecil. Topeng muka berfungsi membantu mencegah penyebaran droplet ke wajah terutama hidung dan mulut.

  1. Palsu: Covid dapat dijangkiti melalui barang yang dipos.

Sahih: menurut World Health Organization (WHO) dan The US Centre for Disease Control and Prevention (CDC), Covid-19 tidak mepunyai risiko menjangkiti penerima barangan kerana kajian menunjukkan virus tersebut tidak bertahan lama ke atas objek.

 

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia