Tuntut RM30 anda daripada kerajaan hari ini

Hari ini, program e-Tunai Rakyat mula berlangsung, inisiatif Belanjawan 2020 oleh kerajaan untuk menggalakan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia.

Program ini juga bertujuan untuk memupuk gerakan digital yang lebih selamat dan cekap, tidak kira sama ada anda seorang pengguna atau pemilik perniagaan.

Melalui program ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM450 juta yang akan diagihkan melalui satu-kali insentif digital bernilai RM30 kepada 15 juta rakyat yang layak. Insentif ini boleh digunakan di mana-mana rakan niaga yang terlibat.

Anda boleh menuntut RM30 melalui tiga e-dompet dilantik iaitu Touch ‘n Go eWallet, GrabPay atau Boost

Siapa yang layak? Lihat gambar di bawah:

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: