Previu: Astro Ultra Box, berbaloi?

Memulakan tahun 2020, ada baiknya sekiranya anda pengguna Astro sedia ada mahupun baru berfikir mendapatkannya untuk melanggan terus Astro Ultra HD.

Saya akan ulas tentang fizikal set baru itu nanti kerana yang lebih mengujakan adalah kandungan yang kini bersifat strim.

Kalau dulu, kita perlu memuat turun terlebih dahulu kandungan namun kini ia lebih pantas. Hanya cari siri atau filem kegemaran dan anda hanya memerlukan dua saat selepas kandungan dipilih dimainkan pada skrin TV.

Pun begitu, perlu diingatkan ia juga bergantung kepada kelajuan internet di rumah. Bagi saya, langganan unifi TM 30Mbps sudah memadai. Manakala Astro pula menetapkan kesesuaian kelajuan minimum 10Mbps untuk menikmati pengalaman penggunaan yang lancar.

Pada awal strim nanti, mungkin anda akan lihat kualiti agak ‘ke laut’ sebelum ia berubah kepada jenis resolusi tinggi dengan pantas. Pada pandangan saya, resolusi kini pada HD penuh dan hanya saluran tertentu saja yang mempunyai fungsi 4K. Itupun, anda perlu pastikan TV anda menyokong 4K dengan sambungan jenis HDCP2.2 sebab jika TV anda tidak menyokongnya, sudah pasti Ultra Box tidak akan berfungsi.

Kualiti visual setakat ini boleh dikategorikan sebagai boleh tahan tetapi selain saluran Ultra HD itu sendiri iaitu 780, ia mungkin sedikit kabur berbanding kandungan 4K pada Ultra Box. Bagi saya, jika pengeluar melakukan upscaling kandungan sekalipun, ia tidaklah baik berbanding 4K asli itu sendiri.

Seperti disebut di atas, terdapat satu saluran saja menawarkan kandungan 4K secara langsung manakala terdapat dua lagi dua saluran Astro Best yang berbayar secara berasingan tetapi perbezaan kualiti visual sungguh ketara.

Setiap pelanggan Ultra Box akan menerima storan cloud 200 jam kandungan secara percuma berbanding hanya 60 jam simpanan dalam kotak media sebelum ini. Menariknya, kandungan yang dirakam ini kemudian boleh ditonton semula pada Ultra Box, aplikasi Astro Go atau web. Jika 200 jam tidak cukup untuk anda, terdapat storan 400 jam pada harga RM12 sebulan atau 1,500 jam berharga RM15.

Set Up Box Ultra HD
Antara saluran kegemaran penulis yang mempunyai kualiti baik dengan Ultra HD

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: