Airpods untuk Android – realme Buds Air memang lengkap dengan Open-up Auto Connection

 

 

 
 

 

 

realme Buds Air boleh dipasang dengan hanya sekali tekan butang dan selepas dipasangkan, setiap kali anda membuka penutup case, realme Buds Air akan terus aktif dan menghubungkan ke telefon anda dengan serta-merta, memberikan pengalaman muzik yang lancar.

realme Buds Air menggunakan teknologi sensor optik yang dapat mengesan jika ia digunakan. Ia bermakna, mereka secara automatik akan main semula muzik apabila anda memasukkannya ke telinga anda dan berhenti sebaik sahaja anda mengeluarkannya.

Selain itu, hanya sentuh realme Buds Air selama satu  saat  untuk mengaktifkan pembantu suara Google Assistant anda. Jadi alami gaya hidup pintar baru tanpa mengeluarkan telefon anda dengan mengawal main balik muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca serta macam-macam lagi.

realme Buds Air memberikan pengalaman tanpa wayar sebenar dengan cip R1 disesuaikan dengan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan pantas dan stabil antara earbuds dan telefon. Ia dihasilkan dengan teknologi Google Fast Pair Technology bersama sistem bluetooth tersebut.

Bagaimana Open-up Auto Connection membantu kelancaran penggunaan?

Jika anda saksikan pelbagai jenis bud di pasaran, tiada satu pun yang menyaingi realme Buds Air yang hanya ditetapkan pada kali pertama saja.

Kalau produk lain, jika anda tutup saja bud dan buka semula pada keesokan harinya, besar kemungkinan ia tidak lagi disambungkan dan anda sekali lagi perlu mengulang langkah sama. Penat kan?

Itulah ciri menarik yang ada pada realme Buds Air. Namun persoalannya, adakah ia akan masuk ke pasaran Malaysia dengan segera? Jawapannya….memang tak lama lagi. Tak sabar menunggu 14 Januari 2020 kerana itulah tarikh pelancaran realme Buds Air yang dinantikan

 
   

 

  

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: