Airpods untuk Android – realme Buds Air lengkap dengan Super Low Latency

 

Apa yang anda akan lihat adalah generasi baharu, pengalaman tanpa wayar sebenar yang membebaskan anda daripada belenggu kabel sekaligus memberikan kebebasan muzik sejati berdasarkan ciri ‘Super Low Latency’.

 

Apakah maksud Super Low Latency tersebut?

 

Super Low Latency bermakna dengan penghantaran dua hala masa sebenar, realme Buds Air menyampaikan pengalaman muzik yang luar biasa dengan mengendalikan setiap earbud secara bebas.

 

Ia lancar dan menghasilkan bunyi yang mantap tanpa menganggu mana-mana bait bunyi yang beralun di dalamnya.

 

Mobile gaming dan video dioptimumkan dengan Mod Gaming khusus bagi mengurangkan latensi.

 

Menurut kajian realme Laboratory, sebanyak 51% jumlah latensi dapat dikurangkan bagi memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi.

 

Bagi kadar kelewatan pada mod normal realme Buds Air adalah sekitar 243.8ms manakala pada mod latensi game adalah sekitar 119.3ms.

 

Nampak rumit? Apa yang dimaksudkan di sini adalah, pengalaman audio anda ketika bermain game adalah lebih lancar. Mainlah game sepuasnya!

 

Itulah ciri menarik yang ada pada realme Buds Ai. Namun persoalannya, adakah ia akan masuk ke pasaran Malaysia dengan segera? Jawapannya….tak lama lagi.

 

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: