Samsung Galaxy S11 mungkin akan dilancarkan pada 18 Februari 2020 dengan kamera 108MP

Sebelum ini terdapat desas desus bahawa Samsung bakal melancarkan siri Galaxy S11 pada awal tahun 2020 seperti sisi Galaxy S sebelum-sebelum ini. Kini terdapat ura-ura bahawa Samsung mungkin akan melancarkan siri Galaxy S11 pada 18 Februari 2020. Lebih awal berbanding pelancaran siri Galaxy S10 pada bulan Mac 2019.

Menariknya lagi, menerusi pakar maklumat yang tertiris iaitu Ice Universe, beliau kongsikan maklumat melalui Twitter rasmi beliau terhadap sedikit rekaan belakang Samsung Galaxy S11+ dan jenis kamera yang digunakan.

Menurut beliau, gambar yang dikongsikan adalah rekaan betul Samsung Galaxy S11+. Tidak seperti yang tertiris sebelum ini di mana mempunyai susunan lensa yang berterabur. Tambahnya lagi, kedudukan kamera adalah bahagian kiri seperti Galaxy Note 10. Ia juga turut dilengkapi dengan sensor sudut ultra-lebar, kamera utama 108MP, lensa periscope zoom dan dijangka akan ada ToF.

Untuk maklumat lanjut tentang ura-ura Samsung Galaxy S11, tonton video di bawah :

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: