Router Linksys buat game berdesup

Linksys (yang sudah bergabung dengan Belkin International dan Foxconn Interconnect Technology) mengumumkan pelancaran Linksys MR8300 Max-Stream Tri-Band Gaming Mesh WiFi AC2200 Router di Malaysia.

 

MR8300 adalah penghala berprestasi tinggi yang menyampaikan kelajuan sehingga 2.2 Gbps dan sesuai untuk kediaman yang memerlukan jalur lebar yang kukuh untuk hiburan dan permainan mudah alih puncak. Penghala ini dikuasakan oleh prosesor 716 MHz quad-core yang meningkatkan prestasi rangkaian keseluruhan lebih pantas berwayar, wayarles, dan kelajuan WAN kepada LAN.

 

Dalam ujian penanda aras Tolly, prestasi MR8300 sekurang-kurangnya 71% lebih baik daripada penghala pesaing dalam persekitaran dunia sebenar sesak yang terdiri daripada enam permainan telefon bimbit pelanggan dan 21 lagi peranti aktif (dan tanpa tujuan) yang telah disambungkan kepada penghala diuji. MR8300 mencapai purata masa ping 7.3ms berbanding penghala pesaing lain sewaktu ia sesak dengan pelanggan permainan mudah alih dan trafik aplikasi latar belakang. Bagi hiburan, MU-MIMO dan teknologi Beamforming juga bertujuan memastikan bahawa peranti berprestasi tinggi seperti TV pintar, komputer riba dan telefon – boleh sambung ke Internet melalui saluran WiFi yang diperuntukkan dan pantas.

Echo Leong, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Linksys Malaysia memaklumkan dengan peningkatan pemain permainan mudah alih yang santai di Malaysia, pengguna kini boleh merasai pengalaman perayauan WiFi yang lancar di dalam rumah di samping bermain permainan dalam masa sebenar tanpa bersusah payah menukar nama rangkaian.

“Selain itu, MR8300 Tri-Band Gaming Mesh Router, yang dilengkapkan dengan dua 5GHz radio  membolehkan anda untuk melakukan penstriman video, dengan masa ping yang lebih rendah walaupun mempunyai berbilang pengguna yang disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang sama.”

Penghala Linksys MR8300 dihasilkan dengan Teknologi Linksys Intelligent Mesh dan pengguna mempunyai fleksibiliti untuk meningkatkan liputan WiFi di dalam kediaman mereka dengan menambah nod Velop™ ke dalam sistem.

TMR8300 Max-Stream Tri-Band Gaming Mesh WiFi AC2200 Router kini boleh didapati pada cadangan harga runcit sebanyak RM799 di peruncit yang sah.

 

 

 

Spesifikasi

Perincian

Tri-Band AC2200

• Empat antena tetap luaran dengan amplifier berkuasa tinggi

• WiFi AC2200 867 Gbps (2 – 5 GHz) + 400 Mbps (2.4 GHz)* dengan MU-MIMO

• 5 GHz radio – 867 Mbps*

• 2.4 GHz radio – 400 Mbps*

Prosesor & Memori

• 716 MHz Quad Core

• 256 MB Flash dan 512 MB SD RAM

Sambungan WAN dan LAN

• 5 Gigabit Ethernet Ports:

o 1x WAN

o 4x LAN

Keselamatan

WPA2/WPA-Mixed, WPA2-Personal

Integrasi Wtfast

(6-bulan akses Premium)

• 6 bulan PERCUMA keahlian wtfast

• wtfast menghapuskan kelembapan dengan mengoptimumkan trafik permainan anda melalui rangkaian permainan swasta terbesar di dunia

• Menerima akses tanpa had PERCUMA meliputi PC Game Launchpad dengan sokongan lebih 1000 permainan dalam talian

Linksys Shield

• Linksys Shield adalah perkhidmatan perisian langganan premium bagi pengguna untuk menghalang kandungan/kategori yang tidak diingini dan menyediakan lapisan tambahan perlindungan digital protection bagi peranti anda dan keluarga yang terhubung.

• Pengguna mempunyai keupayaan untuk menetapkan dasar terperinci bagi memastikan orang yang tersayang dan anak-anak mereka selamat di dunia digital

• Maklumat Linksys Shield firmware akan dikeluarkan bagi MR8300 pada Q1 2020

 

 

 

 

 

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: