Realme X2 Pro kini rasmi dilancarkan di Malaysia – Harga bermula RM2,399

Persoalan tentang harga jualan realme X2 Pro kini sudahpun terjawab. realme hari ini telahpun melancarkan secara rasmi di Malaysia peranti mercu terbaru mereka iaitu realme X2 Pro yang dijana dengan kuasa cip pemproses Snapdragon 855+.

Dari segi spesifikasi, realme X2 Pro dilengkapi dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB UFS 3.0, skrin bersaiz 6.5-inci AMOLED bersama paparan 90Hz, quad-kamera 64MP + 13MP + 8MP + 2MP manakala kamera swafoto 16MP dan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan SuperVOOC 50W yang mampu mengecas penuh 100% dalam masa 35 minit sahaja!

Realme menawarkan peranti ini dengan harga RM2,399 dan akan mula dijual secara ekslusif di LAZADA “Chup Dulu Lazada” bermula 5 Disember ini dari jam 12.00 pagi dan ke atas. Seterusnya ia akan mula dijual secara luar talian di kedai-kedai terpilih seperti DirectD pada 7 Disember dan penjualan di LAZADA bermula 12 Disember ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: