realme 5s ditawarkan dengan harga RM799

Baru-baru ini realme Malaysia telah melancarkan peranti terbaru mereka iaitu realme 5s yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 665, memori 4GB RAM dan storan 128GB.

Tarikan utama pada realme 5s kali ini semestinya pada keupayaan empat kamera 48MP yang mempunyai spesifikasi kamera seperti realme 5 Pro iaitu 48MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 13MP. Peranti ini juga turut dibekalkan dengan bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan 10W dan mempunyai skrin LCD bersaiz 6.5-inci.

realme 5s ditawarkan dengan harga RM799 sahaja dan akan mula dijual pada 14 Disember ini. Manakala di Shopee pada 19 Disember ini di mana anda akan mendapat percuma realme Buds 2 dan kerangka pelindung.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: