Oppo Reno 3 rasmi dilancarkan – Rekaan baharu, rangkaian 5G dan paparan 90Hz

Oppo telahpun melancarkan siri Reno terbaharu mereka iaitu Reno 3 yang hadir dengan dua variasi iaitu Reno 3 dan Reno 3 Pro. Menariknya, kedua-dua variasi ini turut hadir dengan rangkaian 5G.

Oppo Reno 3

Reno 3 hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 6.5-inci, dijana dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 1000L yang digelar sebagai cip pemproses terpantas untuk sub-6GHz 5G, bateri sebesar 4025mAh bersama pengecasan pantas VOOC Flash Charge 4.0 (30W).

Dari segi kamera, ia menggunakan empat kamera utama 64MP + 8MP ultra-lebar + 2MP B&W + 2MP telefoto. Manakala kamera swafoto dilengkapi dengan kamera 32MP pada bahagian skrin yang bertakuk (waterdrop).

Oppo Reno 3 Pro

Manakala Reno 3 Pro hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 6.5-inci yang mempunyai paparan segar semula 90Hz dan sokongan paparan HDR10+, dijana dengan cip pemproses Snapdragon 765G bersama rangkain 5G.

Mempunyai bateri sebesar 4025mAh bersama pengecasan pantas VOOC Flash Charge 4.0 (30W) seperti yang digunakan pada Reno 3 biasa. Dari segi kamera, Reno 3 Pro mempunyai kamera utama 48MP + 13MP telefoto (5x Hybrid Optikal Zum) + 8MP ultra-lebar + 2MP lensa mono dan bahagian hadapan kamera 32MP.

Harga

Kedua-dua variasi ini hadir dengan Android 10 (ColorOS 7) dan mempunyai pembesar suara stereo. Harga jualan Reno 3 buat pasaran China :

  • 8GB + 128GB : 3,399 yuan (~RM 2,007)
  • 12GB + 128GB : 3,699 yuan (~RM 2,185)

Manakala buat Reno 3 Pro, dijual dengan harga :

  • 8GB + 128GB : 3,999 yuan (~RM 2,362)
  • 8GB + 128GB Classic Blue : 4,199 yuan (~RM 2,480)
  • 12GB + 128GB : 4,499 yuan (~RM 2,656)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: