iPhone 11 Pro fon dengan kamera terbaik 2019 dan senarai yang lain – MKBHD

Hari ini, YouTuber terkenal tentang ulasan telefon pintar iaitu MKBHD telah kongsikan senarai anugerah fon terbaik dari pelbagai aspek penting. Pada yang masih tidak tahu, anugerah ini telah mula dilakukan sejak tahun 2018 oleh MKBHD. Jika tahun 2018, OnePlus 6T menerima anugerah fon terbaik secara keseluruhan.

Berikut adalah antara fon yang dianugerahkan terbaik untuk tahun 2019 oleh MKBHD dalam setiap aspek :

  • Terbesar : ASUS ROG Phone 2
  • Kompak : Samsung Galaxy S10e
  • Kamera : iPhone 11 Pro & iPhone 11 Pro Max
  • Bateri : ASUS ROG Phone 2
  • Rekaan : Samsung Galaxy Fold
  • Bajet : Redmi K20 Pro (Xiaomi Mi 9T Pro)
  • Terburuk : Google Pixel 4
  • Makin Bagus : ASUS ROG Phone 2
  • Keseluruhan (MVP) : OnePlus 7 Pro

Namun bagi pendapat saya, walaupun ia paling terbaik bagi beliau, ia tidak semestinya terbaik bagi anda mahupun saya. Kerana saya melihat anugerah ini lebih kepada pandangan peribadi beliau sebagai pengulas telefon pintar. Ia terpulang pada anda sama ada ingin menerimanya atau sebaliknya.

Apa pendapat anda?

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: