Xiaomi mempatenkan rekaan peranti skrin boleh lipat seperti Motorola Razr

Motorola hari ini telah menunjukkan rekaan peranti dengan kebolehan skrin boleh lipat terbaharu mereka yang masih mengekalkan rekaan ikonik Razr V3 iaitu Motorola Razr 2019 yang dilihat memfokuskan pada peranti kelas pertengahan dengan harga yang agak tinggi.

Kini menerusi laporan, Xiaomi juga telah memperlihatkan rekaan peranti skrin boleh lipat mereka secara vertikal seperti rekaan Motorola Razr. Paten ini dikatakan telah dipatenkan pada Ogos 2018.

Dari segi paten, dapat dilihat bahawa peranti ini akan dilengkapi dengan dwi-kamera pada bahagian belakang dan terdapat paparan kecil pada bahagian luar yang mungkin akan berfungsi untuk menunjukkan notifikasi. Berbeza sedikit berbanding Motorola Razr 2019 yang mempunyai saiz skrin OLED 2.7-inci pada bahagian luar.

Walaupun paten ini sudah dilakar, ia tidak semestinya akan menjadi kenyataan dan mungkin hanya sekadar prototaip atau sebaliknya. Apa pun, sama-sama kita nantikan rekaan peranti boleh lipat macam mana bakal Xiaomi perkenalkan kelak.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: