Xiaomi CC9 Pro kini rasmi – Hadir dengan penta kamera 108MP dan Snapdragon 730G harga sekitar RM1,655

Sebelum ini Xiaomi telah banyak mengacah telefon pintar keluaran terbaru mereka yang mengetengahkan cip pemproses kelas pertengahan dengan spesifikasi yang luar biasa digelar sebagai Xiaomi CC9 Pro yang kini telahpun rasmi dilancarkan di China hari ini.

Dari segi spesifikasi, CC9 Pro dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 730G, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB bersama UFS 3.0, skrin Super AMOLED FHD+ bersaiz 6.47-inci dan mempunyai takuk skrin dengan kamera swafoto 32MP f/2.0.

Keistimewaan peranti ini dilihat pada kamera utama yang menggunakan penta-kamera (5 kamera dan 4 lampu LED) 108MP kamera utama, 5MP telefoto, 12MP telefoto dan 2x optikal zoom, 20MP sudut ultra-lebar dan 2MP lensa makro.

CC9 Pro juga turut dilengkapi dengan bateri sebesar 5260mAh bersama pengecasan pantas 30W PD. Xiaomi mengatakan peranti ini boleh dicas penuh dari 0% – 58% dalam masa 30 minit dan 0% – 100% dalam masa 65 minit sahaja.

Mempunyai 3 pilihan warna iaitu Aurora Green, Glacier White, dan Midnight Black. Menjalankan sistem operasi MIUI 11 (Android 9). Xiaomi menawarkan CC9 Pro dengan harga :

  • 6GB + 128GB = CNY 2,799 (~RM1,655)
  • 8GB + 128GB = CNY 3,099 (~RM1,832)
  • 8GB + 256GB = CNY 3,499 (~RM2,068)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: