Trailer filem Sonic Hedgehog diperbaharui – Rupa paras lebih tampak ikonik

Pada bulan April yang lalu, Paramount Pictures telah menunjukkan trailer filem terbaru mereka iaitu Sonic The Hedgehog yang telah mendapat kecaman ramai peminat Sonic kerana rupa paras watak utama filem itu berlainan dari rupa paras Sonic yang asli seperti dalam permainan.

Selepas ia dikritik hebat, akhirnya kini trailer filem Sonic The Hedgehog telahpun dikeluarkan semula dengan membuat perubahan pada rupa paras Sonic yang lebih tampak seperti dalam permainan.

Jika sebelum ini tiada sarung tangan, badan yang sedikit kurus, mata yang kecil dan lebih tampak seperti seekor musang. Kini ia mempunyai sarung tangan berwarna putih, mata yang lebih besar dan badan yang sedikit besar. Menunjukkan ia betul-betul mengikut rupa paras Sonic dalam permainan yang cukup terkenal.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: