Tempoh dagangan antara Huawei dan syarikat AS mungkin akan ditambah lagi 6 bulan

Sudah 6 bulan isu pengharaman Huawei oleh kerajaan Amerika Syarikat yang telah memberi kesan kepada kerjasama antara Huawei dan syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang juga telah menyebabkan siri Mate 30 tiada lagi sokongan perkhidmatan Google secara rasmi.

Dan kini menerusi laporan dari Politico, kerajaan AS mungkin akan memberi penambahan lagi 6 bulan tempoh lanjutan dagangan antara Huawei dan syarikat teknologi AS. Jika mengikut dari tempoh yang diberikan sebelum ini, ia akan tamat pada 19 November ini.

Namun kerajaan AS masih belum mengesahkannya secara rasmi dan mungkin akan umumkannya setelah tamat tempoh 6 bulan sebelum ini. Malangnya menurut laporan lagi walaupun Huawei mungkin dapat penambahan tempoh dagangan, siri Mate 30 masih tidak akan mendapat sokongan perkhidmatan Google. Apa pun sama-sama kita nantikan. Harapnya ada berita yang baik.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: