Telefon pintar pertama dari TikTok dikuasakan dengan Snapdragon 855+ diperkenalkan

ByteDance, Syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan aplikasi TikTok kini telah memperkenalkan jenama telefon pintar mereka sendiri yang digelar sebagai Jianguo Pro 3 yang telahpun rasmi dilancarkan di China.

Peranti ini juga mempunyai akses terus kepada aplikasi TikTok melalui skrin kekunci dan beberapa fungsi menarik TikTok yang juga turut disediakan yang tiada pada aplikasi TikTok yang anda gunakan pada peranti lain. Dari segi rekaan hadapan, ia menggunakan paparan skrin yang bertakuk seperti Essential PH-1 dan mempunyai rekaan kamera yang sedikit berlainan dari kebiasan peranti sekarang ini.

Menariknya lagi, Jianguo Pro 3 hadir dengan spesifikasi peranti kelas atasan yang terkini seperti Snapdragon 855+, bateri sebesar 4000mAh, memori sehingga 12GB RAM, storan 256GB dan empat kamera utama 48MP. Peranti ini ditawarkan dengan harga CNY 2699 di pasaran China, sekitar RM1,600 jika mengikut tukaran wang asing.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: