Sistem pembayaran baharu Facebook Pay dilancarkan buat Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram

Sebelum ini kita sudah dengar banyak jenis pembayaran tanpa tunai yang telah diperkenalkan. Kini giliran Facebook pula perkenalkan sistem pembayaran baharu mereka iaitu Facebook Pay yang akan tersedia buat Facebook, WhatsApp, Instagram dan Messenger.

Pihak Facebook juga merancang untuk melancarkannya pada Facebook dan Messenger dahulu sekitar minggu ini di Amerika Syarikat. Antara kelebihan yang ada pada Facebook Pay adalah anda boleh membuat pembayaran, pembelian, penghantaran wang, membuat sumbangan dan pelbagai lagi.

Facebook Pay akan tersedia di bahagian tetapan aplikasi Facebook dan Messenger. Menariknya lagi, ia juga turut menyokong kebanyakan kad debi, kad kredit, PayPal dan lain-lain lagi untuk memproses pembayaran melalui Facebook Pay.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: