Samsung Galaxy S11 tertiris – Dilengkapi dengan kamera 108MP, Snapdragon 865 dan paparan 120Hz

Seperti biasa, setiap tahun Samsung bakal melancarkan siri Galaxy S terbaharu pada suku tahun pertama iaitu sekitar bulan Mac. Oleh itu, Samsung dijangkakan akan memperkenalkan siri Galaxy S11 terbaharu mereka pada bulan Mac tahun 2020 nanti dan pada masa ini, pelbagai maklumat tentangnya telahpun tertiris.

Antara maklumat yang telah tersebar di arena web, Samsung mungkin akan memperkenalkan 3 variasi iatu Galaxy S11e, Galaxy S11 dan Galaxy S11+. Seperti siri Galaxy S10 yang dilancarkan bulan Mac lalu. Menariknya, ura-ura mendapati bahawa semua variasi ini akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 865 atau Exynos 990 yang terbaharu.

Tambahan lagi, perkara yang dinanti-nantikan oleh peminat Samsung iaitu paparan segar semula 120Hz juga mungkin akan hadir buat siri Galaxy S11. Saya menjangkakan pada model Galaxy S11+ sahaja dengan bateri sebesar 5000mAh.

Pada bahagian lain, siri kali ini juga mungkin akan dilengkapi dengan kamera sebesar 108MP bersama fungsi SpaceZoom 50x hybrid. Secara tidak langsung, siri Galaxy S11 mungkin akan jadi pelengkap kepada kekurangan yang ada pada siri Galaxy S10. Malah, rekaannya juga dikhabarkan akan mempunyai rekaan seperti Galaxy Note 10 dengan lubang kamera di bahagian tengah.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: