Rekaan Sony PlayStation 5 tertiris – Mungkin diperkenalkan sekitar Februari 2020

Sejak beberapa bulan ini kita sudah dengar banyak maklumat yang telah tertiris mengenai permainan konsol terbaharu dari Sony, iaitu generasi PlayStation yang ke-5 (Sony PS5) dengan rekaaan dan teknologi yang baharu. Dari rekaan yang tertiris sebelum ini, kita dapat lihat bahawa Sony PS5 dilengkapi dengan rekaan yang agak tebal.

Menurut Gizmodo, pada awalnya terdapat individu tidak dikenali menghantar email gambar rekaan ini pada mereka dan kini menerusi perkongsian dari LetsGo Digital, terdapat rekaan lebih jelas mengikut paten PS5 yang menunjukkan port USB, warna dan fungsi yang ada pada PS5.

Tambahnya lagi, PS5 mungkin akan diperkenalkan sekitar bulan Februari 2020 dan ia juga mungkin akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2020 menurut pengilang.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: