Redmi K30 5G – Berita yang dinantikan peminat!

Kehangatan siri Redmi K20 sebelum ini telah memeriahkan arena peranti pintar dengan tawaran spesifikasi yang tinggi dan harga yang sangat rendah. Jika di Malaysia, ia lebih dikenali dengan siri Xiaomi Mi 9T. Hatta, sejak beberapa bulan ini juga pelbagai maklumat tentang siri Redmi K30 telahpun tersebar luas.

Kini menerusi poster yang dikongsikan di arena web, Redmi K30 dengan rangkaian 5G sah akan dilancarkan secara rasmi pada umum pada 10 Disember tahun ini. Jika mengikut dari pelancaran Redmi K20 pada bulan Julai lalu, 6 bulan sahaja masa diambil untuk pelancaran Redmi K30.

Agak pantas Redmi perkenalkan generasi Redmi K seterusnya. Namun bagi saya ia bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Redmi atau Xiaomi memang cukup terkenal dengan pelancaran peranti dalam masa yang agak singkat dengan pelbagai model.

Tambahan lagi dari segi poster, sudah mengesahkan bahawa rekaan Redmi K30 5G akan menggunakan paparan skrin penuh bersama dwi-kamera berlubang seakan Samsung Galaxy S10+. Namun spesifikasi yang lain masih belum diketahui buat masa ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: