Peranti Xiaomi dengan rangkaian 5G telah dapat pengesahan 3C – Redmi K30 Pro ?

Sebelum ini kita sudah dengar mengenai peranti terbaru dari Xiaomi iaitu Redmi K30 Pro yang bakal dilengkapi dengan rangkaian 5G dan rekaan yang serba baharu yang mungkin akan diperkenalkan sekitar bulan Disember ini.

Kini menerusi laporan terkini, telefon pintar terbaru dari Xiaomi dengan sokongan rangkaian 5G telah mendapat pengesahan dari 3C. Namun tidak dapat dipastikan namanya, yang mungkin adalah Redmi K30 Pro seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini yang mempunyai paparan skrin dengan dwi-lubang kamera seperti Samsung Galaxy S10+.

Jika benar Xiaomi akan memperkenalkan model ini pada bulan Disember ini, agak laju juga Xiaomi ingin memperkenalkan model baharu pengganti kepada Redmi K20. Apa pendapat anda?

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: