Pengguna internet patut dah jimat RM2,400!

Harga internet yang murah sudah seperti dijanjikan pada pilihan raya umum lepas seharusnya dinikmat pengguna di Malaysia.

Pelaksanaan pengurangan harga tersebut dibuat lanjutan daripada pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

Saranan yang dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo itu menggesa syarikat telekomunikasi menawarkan harga pakej permulaan di bawah RM100 tetapi pada kelajuan yang lebih tinggi.

Sehingga kini, empat syarikat telekomunikasi mempunyai kadar bulanan jauh lebih rendah berbanding sebelum Mei 2018.

Ia termasuk Celcom dengan bayaran RM80 sebulan (40Mbps) berbanding RM180 sebelum Mei 2018.

Manakala TIME pula mengenakan bayaran RM99 sebulan (100Mbps) berbeza dengan harga RM149 sebelum Mei 2018.

Dua syarikat telekomunikasi tersebut kini menawarkan bayaran tidak melebihi RM100 setiap bulan untuk data.

Sementara Maxis yang berkelajuan 100Mbps kini berharga RM129 berbanding RM299 sebelum Mei 2018.

unifi pula mengenakan bayaran RM129 sebulan untuk 100Mbps berbanding RM329 sebelum 2018.

Genap setahun selepas pelaksanaannya berkuatkuasa Oktober tahun lepas, pengguna Celcom seharusnya sudah menjimatkan sebanyak RM1,200 selepas penurunan harga internet tersebut.

Manakala pengguna Maxis pula sepatutnya sudah menjimatkan RM2,040 untuk pelan 100Mbps mereka.

Pelanggan TIME pula sepatutnya sudah menjimatkan lebih RM600.

Manakala penjimatan terbesar seharusnya dinikmati pelanggan unifi yang melanggan pakej 100Mbps kerana mampu mengelakkan lebihan bayaran sebanyak RM2,400.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: