Motorola Razr 2019 – Peranti skrin boleh lipat yang terbaharu dengan harga sekitar RM6,236

Razr sememangnya adalah model ikonik dari Motorola semasa zaman kegemilangannya yang mempunyai fungsi skrin lipat bersama papan kekunci buat model Razr V3. Dan kini ia hadir semula dengan pelbagai teknologi baharu dan skrin paparan skrin penuh yang boleh dilipat. Berbeza dari Samsung Galaxy Fold atau Huawei Mate X.

Motorola telah memperkenalkan Razr terbaharu yang hadir dengan skrin pOLED boleh lipat bersaiz 6.2-inci Flex View dengan resolusi 2142 x 876 piksel dan terdapat skrin kecil gOLED pada bahagian luar 2.7-inci dengan resolusi 600 x 800 piksel.

Razr dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 710, memori 6GB RAM dan 128GB storan. Selain itu, peranti ini juga hanya terdapat 2 kamera sahaja pada bahagian skrin (bertakuk) 5 MP f/2.0 dan satu kamera utama 16 MP f/1.7 bersama EIS di bahagian belakang.

Pada bahagian lain, Razr hanya dibekalkan dengan bateri sebesar 2510mAh sahaja dan hanya hadir dengan satu warna sahaja iaitu warna Noir Black. Terdapat laporan bahawa Motorola Razr 2019 ini ditawarkan dengan harga sekitar $1,500 (~RM6,236) dan akan hadir sekitar Januari 2020.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: